Wednesday, 6 June 2012

Due Date Assignment

First of all, cuba korang try scroll bawah tengok berapa hari bulan hari ni. >> 6 june
Nak tahu? Taknak takpe aku bagitau jugak. Ni, harini, minggu ni, merupakan minggu ke-12 bagi pelajar uitm. So? Sotong . so… sekarang ni merupakan antara minggu yang paling bz bagi mereka, termasuk aku, sebab ini merupakan minggu due date bagi segala presentation. Minggu ni lah baru terkial kial nak menaip mengkorek mencarik mana-mana idea yang patut diselitkan dalam assignment tu. Begitu jugak insan yang taip nihh.

Actually aku baru je lepas balik dari buat assignment yang sepatutnya kena hantar esok. Well, malas na bangga diri, my job is done. Hahaha . Terer tak terer lah kann. Aku pedulik sgt laa ayat na tonggeng monggeng? Memang tak lah. Janji tugas aku dah selesai. Semalam pun dah cukup tidur dari lepas Subuh sampai pukul 11 pg buat assignment jugak yang patut hantar hari ni tapi semua kelas aku tak pergi. *kantoi* . tapi assignment aku dah siap ok. Lagipun tak perlu hantar pulak. Test pun cancel. Alhamdulillah . :D paling besau aku bg.

So nak ceritalah pengalaman aku duduk buat assignment dekat Tun Aym tadi . ada ke Tun AYM ? >> bukan ayam .. tapi apartment yayasan Melaka. Punya penuh orang sampai kena bawak extension turun gara-gara nak bagi nyawa n power dekat lappy masing-masing. Disebabkan aku datang pun rushing, lappy pun orang bawakan, jadi Cuma mampu menagih simpati untuk dapatkan kuasa lappy dengan menggunakan kuasa veto ku sebagai kaum hawa. Huahuahua *gelak jahat habis*

So kalau korang tengok, meja makan diorang memang penuh giler ah. Macam orang kebulur memasing tak makan sebab nak siapkan assignment. Tapi berita gembiranya diorang boleh diet sebab meja makan Cuma mampu dipenuhkan dengan lappy masing2. Bayangkan satu group 9 orang . so, 9 orang = 9 lappy. Kayo den ! tapi silap, bukan den, diorang lahh. Ish3. Begitu sekali kan hidup student university ni. Ada yang kata, lain kali buat assignment awal2, takdelah kekabut. Ada jugak yang balas, apa barang buat awal2, tak feel ! *macam aku??* hamek feel kau ! jangan nak mengadu student tak dapat beauty sleep lah. Beauty lah dengan muka kau !

Kbai !