Thursday, 5 January 2012

Cinta


cinTa


cinta ,
bukan senang untuk dimiliki ,
cinta hanya layak untuk orang yang tahu menghargai .
bukan semua cinta berakhir dengan perkahwinan , 
tapi kebanyakan cinta ,
dilalui dengan kegembiraan .

cinta
akan memberi kita seribu satu kenangan .
seribu satu pengalaman .
mengajar kita erti kesabaran .
mengajar kita erti sebenar kesedihan .
cinta mengajar kita untuk saling mencintai .
yang akhirnya mengajar kita erti cinta .

cinta
tidak akan berlaku jika bertepuk sebelah tangan .
kerana cinta itu lahir dari hati
cinta menyatukan dua hati menjadi Satu .

cinta sejati ,
akan terus kekal di hati .
percayalah …
bukan semua manusia di dunia ini yang tahu menghargai cinta
bukan semua juga dapat merasa pengalaman bercinta
yang menyedihkan ,
bukan semua tahu apa itu cinta .

cinta
mudah untuk pergi meninggalkan kita .
kita tak akan dapat merasainya ,
sehingga cinta itu hilang .

cinta
manusia diberi merasa perasaan cinta itu
kerana Allah itu Maha Penyayang .
belajarlah mencintai Yang Maha Esa dulu ..
baru kita tahu macam mana nak mencintai orang lain .
dan dengan cinta yang kita ada ,
hargailah .
kerana apabila cinta itu pergi ,
penyesalan yang kita rasa ,
tak akan berguna lagi .

hasil nukilan
>>cientaputih<<